Tuesday, 14 May 2013

Panas dan Ulser

Assalamualaikum wbt

kalau kau perasan lately sangat panas kan? aku dekat Penang dah mati kutu nak sejukkan badan macam mana. dah boleh masuk hari ini dalam sejarah rasanya bila aku yang malas mandi ni(tapi bila mandi lama), boleh kata 2 3 hari lepas aku mandi 5 kali sehari. mampu? pengsan? dah tahu dah sebab apa bila bil air hujung bulan ni sampai dan naik melambung.

betul kan? cuaca dekat Malaysia espeacially Penang ni super panas. ke dekat negeri lain sejuk? ke dekat luar Malaysia sejuk? cuba beritahu sikit dekat luar Malaysia macam mana? adakah sepanas ini? kot-kot lah ada reader dari luar Malaysia yang baca blog putihnilaclorox ni kan. hashtag(#). ade ke? haha.

tadi pergi makan Nasi Ayam Mak Cik Norliah Ghani(suara dia sama babe), than dia cakap cuaca panas ni sebab ada kebakaran dekat Filipina. ye ke? saya pon tak tahu mak cik. saya sekarang ni kerja duduk dekat rumah, duduk depan kipas stand yang dipasang pada kelajuan tertinggi. tak mampu nak keluar sebab panas terik Ya Rabbi plus duit saya pon dah sendu-sendu segan nak keluar dari poket. uhuk. mana mak cik dapat info ni? hebat betul!

haaaa. aku ni kan umpana puteri lilin yang sangat sensitif se-sensitif kulit bawang. bila cuaca panas ni mulalah kan muka kita nak buat hal. naik jerawat. bintik-bintik halus. kulit kemerah-merahan. dah macam muka tak siap aku rasa. sembam je. itu satu masalah. lagi satu masalah utama bila cuaca panas. kitew yang pakai braces ni. lepastu suka sangat nak banyak cakap. mencarut. haaa. lengkap pakej Allah campakkan ulser yang maha besar. aku kena 2 ulser yang maha lagi super besar dekat bahagian bibir atas dan bawah. selamat kena 2 2 bahagian. bila bengkak pon elokkkk je. 2 2 sama besar. lebih munggil orang cakap. padahal herot berot. fuhhh. memang menguji kesabaran tahu bila kau yang sebelum ini ceria(kononnya). sekarang ni nak senyum pon kena fikir sepuluh kali, kalau tak, bergesel ulser dengan braces urghh sakitnya bukan kepalang. mesti keluar air mata sebab pedih gila walaupun kau tengah sengih-sengih. serius sakit gila tak menahan. 

dah macam-macam cara aku buat untuk pulihkan ulser ni. letak garam. kumur air garam. kumur listerine. tapi ulser kali ni liat sikit. tapi tak pa. aku sabar. ada hikmah. tup tup elok nanti bibir akan cantik merah bak delima(berangan).

so di kesempatan cuaca panas terik ini, ingin sekali aku berpesan kepada kamu dan kamu. tolonglah banyak minum air dan banyak berehat. kerapkan mandi pon bagus juga sebab bila panas-panas macam ni. macam-macam penyakit boleh datang taw. terutama sekali ulser yang akan memporak-perandakan hari-hari engkau. Ya ampun. macam teruk sangat je kan ulser tu. tapi memang teruk! (sengih sambil keluar air mata sebab pedih ulser bergesel dengan braces)


3 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ulser? sakitnyaaa

aku pulak sakit lidah. 1 taste bud aku buat hal ; nak tercabut tp elok lg dok lekat (blh imagine ke x eh? haha). sakitla jugak time makan. tapi setel jugak sepinggan nasik, haha.

get well soon!

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Nj haha.itulah.ulser sakit gila tahap tak tahan nak mengalir air mata wo.

haha. i cannot imagine what kind of sakit lidah yg NJ hadapi.maybe kena buat exclusive post on it.hahaha. u too.get well very well soon toooooo :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi. I pembaca #oversea. (*Suke lettew iman*) hakhakhak
Sini panas+kering..sbg pemakai braces (juga), ulcer spt teman rapat. My humble advice, kurgkan ckp bnda2 xelok ngumpat etc. Semoga ulcer kita diangkat bersama zikir2 yg slalu kita lafazkan. InsyaAllah sakit tu slh 1 cara hapuskan dosa. :D