Sunday 28 April 2013

Kem D' Omland Sungai Petani

Assalamualaikum wbt

seorang guru pelatih yang berdedikasi tidak jika sebenarnya semalam anda sudah tamat perkhidmatan praktikum di sekolah anda tetapi ada program pada esok harinya iaitu perkhemahan dan anda turut serta perkhemahan itu? haaa. macam mana nak jawab. haruslah ya bukan?

siapa nak lepaskan peluang menyertai perkhemahan motivasi yang super best bila aktiviti yang dilaksanakan sangat lasak(sangat tu!). ada aktiviti kayak(main air. saya suka! saya suka!). night self walking aka aktiviti burung hantu(wuuuu takut hantu), survival di hutan(mencabar bila hidupkan api pakai minyak tanah.kehkeh), flying fox(owh my favourite because its all about high) dan banyak lagi. tak cerita pula makanan yang disediakan sangat sedap. sedap sebab penat gila beraktiviti lepastu orang hidang makanan. mana tak sedap kan? tapi memang seriously sedap!

aku dan syukri mengambil langkah bijak untuk pergi sendiri pada hari Sabtu lepas bertarikh 20 April 2013 by motor. gila nak pergi dengan budak. kena naik bas seawal jam 7 00 pagi. time tu aku tengah memproses taik mata. plus kitaorang fikir kalau naik motor senang nanti nak keluar-keluar. kalau boring boleh jalan-jalan sekitar Sungai Petani. perjalanan kami mengambil masa sejam lebih which is sepatutnya lebih cepat. tapi kitaorang terlajak entah ke mana. selamat rajin tanya orang. mudah sebenarnya nak ke Kem D'Omland ni. 

kedudukan tempat perkhemahan yang jauh di sudut dunia(over), jauh di pedalaman. dikelilingi sawah padi, dekat dengan laut dan hutan. terasa macam dekat to the mother earth nature gitu. seronok, sejuk, nyaman tapi banyak nyamuk. Kem D'Omland ni menyediakan perkhidmatan pakej motivasi untuk murid-murid sekolah, pegawai-pegawai dan even sesiapa yang berminat untuk buat camping. tapi haruslah ada rate dia. jangan tiba-tiba kau cakap kami sekeluarga nak ber-camping di Kem D'Omland boleh? boleh! meh sini aku cepuk. 

sebagai cikgu pengiring memang sangat relax. kami para guru siap boleh pergi main boling dekat SP lagi. haaa. heaven tak heaven lah. pengendalian aktiviti juga menarik dan dahsyat serta dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator pihak kem. budak-budak pon kelihatan sangat enjoy. harapan konon budak-budak semakin meninggi keyakinan diri diaorang ni tercapai lah kot(?) sebab sebelum ni sekolah pernah buat ceramah motivasi. budak-budak ni menangis bagai nak rak. tapi aku tengok hati kering je. tak da perubahan lepas ceramah tu. lempang sorang-sorang nak? cikgu rindu kalian(tiba-tiba)

gambar sekitar perkhemahan. beberapa gambar aktiviti yang ada gambar aku.bwahaha

cikgu excited naik bot. comel je yang buat peace tu(cepuk cepat) 

di atas jeti. aku pon tak ingat apa yang aku tengah buat. muka maintain excited

membantu Cikgu Syukri yang nak naik jeti tak lepas-lepas.hahaha

berkayak berdua. peace lagi(comel betul!)

aktiviti survival di dalam hutan. budak-budak hanya dibekalkan tepung(untuk buat roti. aku pon baru tahu), ikan, kunyit dan garam. survival sangat sebab hidupkan api pakai minyak tanah.

gigih siang ikan. pandai ke uols??hahaha 

flying fox by my big boy. Daniel. rajin gila tapi kurang ajar punya ini budak. asyik kena marah saja

Taib the tallest boy in school. also known as pakistan boy. ini juga budak manyak kulang ajar. mulut manyak langsi. hahaha

ok.together we fly. sweet sangat.

gambar sebelum pulang. cuba cari aku. jumpa tak? memang tak da lah sebab aku dah balik dulu. hehe

Thanks baca :)

3 comments:

mohammad taib said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

my beloved teacher/sir
sorry klau slama cikgu kt skti dlu sy kurang ajar ngn cikgu..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hope best .sebab nk pi ini dgn skolh

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hope best .sebab nk pi ini dgn skolh