Friday 12 July 2013

Semester 8, Internship dan Hari Sukan

Assalamualaikum wbt

yeayyyyyy!!!! 
tapi dalam yeay ada sedih. why?

dah sebulan berlalu tapi baru sekarang aku nak update yang aku kini berada di semester 8, semester terakhir di IPG Kampus Tuanku Bainun. sebelum ni sibuk sangat nak update pasal bagpackers ke Johor sampai tak menyempat nak cerita pasal semester akhir. lepastu bila dah update pasal bagpackers. jadi malas gila nak update atau tulis apa-apa yang kononnya nak menikmati semester akhir dengan sangat hectic. hectic dengan tidur ada lah. haha. 

macam biasa. bila kita seorang guru pelatih, di semester akhir ni kita akan menjalankan internship di sekolah yang kita praktikum 3 bulan dulu dan sekarang aku sedang ber-internship di SK Taman Impian. tapi internship tak macam praktikum. hanya sebulan dan kau hanya akan diberikan 2 waktu minimum atau maksimum 4 waktu. waktu lebih tu boleh goyang kaki. haaa.. siapa cakap boleh goyang kaki. waktu internship ni juga lah walaupon sebulan, kau nak pulun buat AR, laksanakan intervensi atau rawatan yang dulu masa bentang proposal beria-ria propa dekat lecturer yang kaedah itu ini bagus. at last sampai sekolah tak sempat pon nak buat sebab banyak gila program di sekolah. lepastu dengan nak laksanakan projek lagi. plus nak tunjuk betapa busy-nya aku, dah nak masuk 2 minggu actualy tapi baru hari ini aku berkesempatan nak update. nampak tak ke-busy-an disitu? 

masa mula-mula balik sekolah minggu lepas. seriously sangat teruja. baru aku faham macam mana perasaan artis bila orang nampak kita je. diaorang akan panggil-panggil dan serbu kita untuk salam. kelakar bila di ingat balik. pagi Isnin minggu lepas. sampai-sampai je sekolah terus ke kantin sebab lapar sangat. sesudah sampai di kantin. tak sangka begini hangatnya sambutan anak-anak murid kepada Cikgu Naim walaupon baru 2 bulan kamu tak jumpa cikgu. ok terus tak nak jadi artis sebab tak larat. wahhh. berangan nombor 1.

pada minggu lepas juga sekolah aku telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan which is so called Hari Sukan. kan mudah? haha. aku sekarang ni dah macam rupa udang panggang. merah menyala dan banyak pula tu jerawat-jerawat manja naik. apa boleh buat. redha. 3 hari aku di padang sebagai pegawai dari pagi sampai tengah hari. Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan sebab aku tengok ramai gila atlit dalam rumah merah ni, ini tidak adil! hahaha. dia bukan seorang dua orang je, boleh kata setiap darjah yang ada atlit mesti dia rumah merah. kesian dekat rumah-rumah sukan lain. sebagai cikgu baru, murid-murid mesti bersungguh tanya. ditambah lagi aku macam semua rumah nak sokong. nak bagi nampak adil katanya. ahak

cikgu rumah mana?

cikgu rumah putih.



 Sukantara dan Saringan Akhir

nak letak juga gambar ni sebab rasa macam style je kan. macam.

Cikgu Naim beraksi. ahak

Cikgu Syukri beraksi. nak jugaaaaak.

sukantara acara lompat jauh. depan sikit tu berlambak tahi kucing. merasa korang budak-budak.

Cikgu Syukri yang penyayang. gemburkan tanah biar gebu dan sedap sikit budak-budak nak lompat. calon suami sangat kan.

acara akhir lompat tinggi. oh kenangan sangat. 

Hari Sukan SKTI 2013




persedian perbarisan. sekolah ni hanya ada 3 unit beruniform sahaja tahu. Pengakap. KRS dan Puteri Islam

perbarisan oleh kanak-kanak pra. alahai comelnya, siap bermaskot lagi.

pembacaan ikrar Hari Sukan


hari sukan yang simple dan berbeza sebab sekolah ni buat pada hari Jumaat. sangat lancar dan cepat habis. mudah. kalau macam ni lah. hari-hari nak hari sukan. hahaha. tapi tak nak panas. 

4 comments:

yu ya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

retisnya cikgu naim ;) haha. aq ngan fiza pun sama. depa cakap "the twin teachers are back!" kiki

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@yu ya retis berangan je ya.somehow best pula jd cg ni.ehehehe. korg the pretty twin teachers.agagaga*perasan lah tu* but its fact kot.

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

flashback lompat tinggi. hmm hmm

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@maizatul suraya ahahaha.lepas ni dah tak merasa dah.jd jurulatih pulak.ehhh