Monday 26 August 2013

Iftar Pj Shalala di The Ridge, Jeti Pulau Aman

Assalamualaikum wbt

walaupon dah lama gila rasanya kita meninggalkan bulan Ramadan dan dah lama juga kita beraya sakan. aku tetap nak post tentang aktiviti bulan puasa aku hari tu di mana my class and i telah berbuka puasa buffet di The Ridge Jeti Pulau Aman berdekatan dengan stadium batu kawan. boleh juga jadi rujukan you yang tengah research pasal interesting place untuk iftar with kesayangan di Penang. yes. dah lama gila tak update blog sebab super busy dengan persiapan raya, undangan rumah terbuka dan birthday vacation (wahhhhh. nampak kan busy dia).

mesti banyak question orang akan tanya tentang berbuka puasa especially buffet seperti di The Ridge yang kedudukan dia very the classy sebab menghadap laut. lepastu angin sepoi-sepoi bahasa, ambil gambar lawa. angin tiup-tiup macam ambil gambar atas kapal. berangan.

Mahal tak?

tak mahal pon. berbaloi-baloi. harga adult for RM29 tak silap. kids aku tak tahu. sory. disebabkan kitaorang ramai which is seramai 18 orang. kitaorang dapat 2 seats for free as reward kot sebab ramai sangat untuk memeriahkan suasana berbuka, memang dengar suara kitaorang je gelak-gelak dan menghabiskan makanan dekat buffet dengan rakus. 2 seats free tersebut seharusnya lah untuk tutor kami yang tercinta Ummi Aya(Puan Rohaya). see. jimatkan. kira macam ni lah. setiap 10 orang kau akan dapat 1 seat free. so bawa satu sekolah. cikgu-cikgu tak perlu bayar. murid-murid je bayar. muehehe

Makanan apa je yang ada?

dah nama buffet. boleh lagi tanya soalan macam tu. haip, tak baik macam tu. buffet di The Ridge ni quite ok. makanan dia pelbagai. ada kambing bakar. ikan bakar. ayam masak apa entah. kuih macam-macam dan air pon macam-macam. ada mee soto tak silap. puas hati. kira kalau kau hebat. kau boleh makan sama dengan harga dia. kira untung lah.

Makanan dia sedap tak?

for me. biasa je. tapi ade few makanan yang ada di situ sedap taw. contoh macam kerabu dia. diaorang provide macam-macam jenis kerabu. rasanya kalau makan kerabu je pon dah kenyang. sedap.

kalau membebel panjang-pannjang pon. orang malas baca. jangan kata orang. aku sendiri pon malas. so kita tengok gambar-gambar yang ada ok.

nice building isn't it?

haruslah bergambar dulu

laluan ke pintu hadapan. serius cantik, nyaman dan menyejukkan
ni betul- betul dekat tepi jeti. cantik kan view dia?



the girls yang menjangok tak ingat dunia

the boys. steady and cool (ecewah)

kedudukan makanan yang disediakan.mudah untuk diambil

my food. orang tamak selalu rugi. betul sangat lah tu. tamak.last-last membazir

my lamb. super duper tamak. selamat berjaya habis

No comments: