Thursday, 1 August 2013

Internship Tamat

Assalamualaikum wbt

macam biasa.bila dah seminggu berlalu sesuatu benda tu baru gigih-gigih nak update. dari Khamis minggu lepas lagi actually aku dah menamatkan Internship tapi sebab kekangan masa atau dalam kata lain "malas". aku tahan nafsu nak update blog. haha. maklumlah. bulan puasa. semua nafsu nak kena tahan kan? *kaitan?*

sebelum apa-apa aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua orang yang terlibat sepanjang aku menjalankan internship di SK Taman Impian. its a good school you know. barisan pentadbir yang best. cikgu-cikgu super sporting. murid-murid yang nakal alahai tapi manja cium nak? tukang kebun, mak cik cleaner yang baik hati dan semua lah. semua best. macam-macam aku lalui sepanjang internship ni. suka duka masam manis. di sekolah ni juga aku berani katakan yang aku dah mula jatuh cinta kepada profesion perguruan. but not fully in love. well. people change kan. hari ini cakap lain esok cakap lain. but for now, aku cuba berpegang dengan apa yang aku cakapkan sebelum ni. aku mula jatuh cinta.

sedih nak meninggalkan anak-anak SK Taman Impian yang super manja. jumpa Cikgu Naim berkejar-kejar nak salam. ada yang berani tepuk punggung cikgu. especially darjah 1. haip! geram sangat agaknya dengan cikgu. aku tak marah, sebab aku tahu diaorang buat tak sengaja atau mungkin diaorang suka atau marah sangat cikgu ni. tapi sebagai guru yang mendidik. nasihat itu perlu tetapi secara lembut dan jelas.

eh. mana boleh tepuk punggung cikgu macam tu. kamu perempuan, cikgu lelaki. tak baik tahu. lepas ni jangan buat macam ni lagi k.

baik kan? hakhak

the boys from 5 Zamrud. fuhhh. kelas ni memang susah nak kawal tapi bila dah dapat pegang hati masing-masing. dipeluk-peluknya kita.

the girls from 5 Zamrud. suara masing-masing macam petir. kalah sura cikgu :( tapi bila ambil gambar. kemut-kemut malu je. nyampah. haha

the whole class. owhhh. rindu. dah lah selalu relief kelas ni.dah rasa macam cikgu kelas pon ada.

3 Delima. darjah 3. kau faham kan bila budak-budak nak beralih ke tahap 2. berubah frasa orang cakap. perangai masing-masinggggggggg. haishhhh. cikgu pon tak faham

korang memang sporting. layan je ape cikgu suruh buat walaupun maisng-masing feeling separa matang.


3 Delima dan 3 Zamrud. kalau 5 tahun mengajar. aku rasa botak kepala mengajar kalau gabung kelas.

2 Delima. kelas ni lagi lahhhhhh manja.




bersama 2 penceria bilik guru. Cikgu Badrul(kiri) dan Cikgu Amir

korang memang suka melayan kerenah yang tengah tu. hahahaha

antara barisan pendidik SK Taman Impian. smart-smart belaka

Cikgu Faisal dalam baju korporat. tertinggal train ambil gambar

tamat! tamat sudah internship, cikgu sentiasa doakan murid-murid/ anak-anak cikgu sentiasa berjaya. menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. dengar cakap cikgu. hormat parents. guru, masyarakat dan kawan-kawan dan semua lah. jangan banyak bergaduh. and please jangan abaikan pelajaran. memang orang cakap peluang pekerjaan itu banyak. cacing bawah batu boleh hidup. itu cacing sayang. kita ni orang. orang ada ilmu orang sayang. orang tiada ilmu di buang-buang sayang.

3 comments:

Fatihah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah :)

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Fatihah thanks fatihah :)

Puan Suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

laa...awk ni bakal cikgu juga rupanya..ipg mane? ni last sem dah la ye? gud luck exam nanti :)