Sunday 1 September 2013

Happy Birthday To Me dan Trip Ke Thailand Teaser

Assalamualaikum wbt

saat otak tengah ligat nak mulakan buat assignment yang berlambak. aku rasa macam ada je benda yang aku tak selesaikan lagi. oh yes! update blog!. maaf semua pembaca tegar dan pembaca rahsia(silent reader) *ada ke?* sekarang  ni memang susah(malas kot) nak update blog. kalau update satu-satu benda je. mungkin dah lama berlalu dan basi untuk dibaca tapi tetap aku nak share sebab mungkin boleh jadi panduan atau rujukan untuk korang walaupon mungkin bukan sekarang tapi pada masa akan datang.

antara perkara basi yang dah berlaku is my belated which is on 23rd Augut 2013. dah lama kan? sekarang dah 1st September 2013. baru nak cerita. dia nak cerita juga sebab sambutan tahun ini berbeza sebab birthday kali ni aku ke Thailand. what a blast! wah.

gambar tiada kaitan dengan Thailand. gambar sebagai tanda menghargai sambutan birthday 5 pahlawan yang telah berlangsung ni Kenny Rogers Roaster, Sunway Carnival, Pulau Pinang. thank you kengkorangs(gedik)

 
makan beramai-ramai. kecoh gila satu Kenny. macam ada kenduri kahwin. ahahaha

cake sponsored by kesayangan. ahaks. muaxx juga lah

one of the birthday girl. konon macam surprise kan?

the cake without candle. happy belated birthday to us. Farah, Silah, Lina, Dedek  and me

happy belated birthday!! from left Silah, Farah, Dedek, Lina dan aku. semoga semuanya panjang umur, murah rezeki. sentiasa bahagia bersama keluarga dan orang tersayang. sentiasa dilindungi Allah swt. bahagia dan mendapat barakah dunia akhirat. amin.

............................................................

trip ke Thailand ni actually dah lama rancang. tapi biasalah bila nak pergi in a group kena tengok kekosongan member yang lain unless kau pergi seorang, kalau macam tu memang lantak kau lah nak pergi bila. aku telah pergi ke Hat Yai, Thailand selama 3 hari 2 malam bermula pada 23 Ogos hingga 25 Ogos 2013. tak tahu nak cakap ini budget trip atau ku gunakan segala duit yang ada atau tak. rasa macam banyak benda aku dah buat dan habiskan. tapi rasa ada je lagi baki duit yang ada. meaning benda-benda di Thailand murah sebab tak terasa banyak duit dah habis sebab dengan duit yang ada macam-macam boleh buat. Thailand is a must place to visit. ahak. promoter tak berbayar.

banyak juga duit yang aku dah habiskan tapi tak lari dari budget yang aku dah sediakan. around RM500 tapi include passport, IC baru pastu transportation(naik train murah) dan beberapa benda lain sebelum nak pergi ke Thailand. duit yang aku tukar ke Bath(matawang Thailand) ialah sebanyak RM300. tak puas actually. tapi nak save budget kan. tips: kalau nak convert duit Malaysia to Thailand kau kena rajin survey dulu. aku memang jenis lahap dan malas. aku tukar dekat Jusco Perda, Penang. dapat RM1 sama dengan 9.45 Bath. kawan aku tukar dekat Alamanda, Putrajaya dapat RM1 sama dengan 10.++ Bath. rugikan aku. *nangis*

No comments: