Wednesday 4 September 2013

Hat Yai, Thailand Part I

Assalamualaikum wbt

dah lama teruja nak update tapi masa je tak teruja dengan aku. lately sangat busy dengan kerja. alhamdulillah semalam dah hantar satu assignment. so nak reward myself dengan update blog (huh?) dah ramai tanya pasal pengalaman aku pergi Thailand. aku telah ke Thailand 23 Ogos 2013 hari tu. on my birthday. what a birthday kan?. ahaks

best ke?
apa yang seronok?
kau pergi mana je?
apa je yang ada?

dan setiap kali tu juga lah aku rajin dan ringan mulut nak cerita tapi kalau dah ramai sangat tanya. terus jadi berat mulut. dengan mudah jawab. nanti aku update blog baca ok. heh

dah boring sangat taip panjang-panjang lepastu baru nak letak gambar. kali ni aku nak letak gambar dan cerita di  bawah gambar. enjoy.

aku naik train ke Hat Yai dari Bukit Mertajam. aku beli tiket awal. so kena beli tiket naik dari Nibong Tebal. kalau nak beli dari Bukit Mertajam kena beli on the spot. bukan maksudnya kena pergi Nibong Tebal beli tiket tapi beli dekat Bukit Mertajam. atas tiket tulis naik dari Nibong Tebal. harga RM25. kalau beli on the spot RM23. alah. mahal RM2 je. train ni train 2nd class taw. jangan mimpi nak yang katil dengan harga semurah itu.

salah satu perhentian. rasanya dekat Alor Star

tiba di perhentian Padang Besar, Perlis. imegresen. ambil cop dan ambil gambar. korang jangan menggelabah bila dah sampai. ikut je arahan pegawai dekat situ. diaorang akan membantu dan beritahu apa yang perlu kau buat. and pleasa jangan lupa bawa pen sebab kalau nak masuk Thailand kena isi borang. tak bawa pen jenuh lah nak menunggu turn. sampai dekat sini kena tunggu around sejam juga sebab train nak isi minyak katanya.

orang cakap makan dekat Thailand murah. so dalam fikiran aku makan dekat Padang Besar pon mungkin murah juga. haaaa RM7 kau. merasa.

kembali ke dalam train bersama passport tersayang dan pencil case hadiah from Alang. pencil case jadi passport case. cantik sangat dik. sayang nak letak pencil.

telah tiba di stesen keretapi Hat Yai. masa ni jangan toleh kanan toleh kiri. jalan je menuju keluar sebab time ni berpusu-pusu orang nak menawarkan khidmat itu lah ini lah. macam kitaorang memang dah ada hotel so memang kitaorang jalan tanpa henti cari tuktuk(teksi Thailand yang sangat best)

menaiki tuktuk bersama newly wed from Malaysia. orang Malaysia sporting. kitaorang share tuktuk sebab nak murah. bila kumpul ramai orang so murah sikit. kitaorang menuju ke Le Garden. Le Garden ni biasanya tourist akan turun situ untuk cari hotel dan macam-macam lagi. dia macam center of Hat Yai City (over)

di dalam Hotel Siam Centre. hotel ini sangat best dan berbaloi. thanks Aman Amin sebab pilih hotel ni.

bersiap-siap dan kengkonon tengok map sebab nak travel Hat Yai. nak cari makan. lapar weyh.

our first food. Nasi Beriyani Thailand. murah. 40 bath only (RM4). sedap.

Amin dan Furhan. gembira menikmati juadah. haha. juadah.

bungkus air. aku order air Ovaltine. nampak tak machine tu. dekat tepi jalan pon ada machine tu. dekat Malaysia. hanya kedai-kedai macam Coolblog, Chatime dan few kedai je yang ada machine ni.

macam ni lah bentuk air yang dibungkus. kalau dekat Malaysia. bungkus dalam plastik dan ikat tepi.

jalan punya jalan. kami jumpa kedai jual pulut mangga. nampak sedap kan? tapi memang sedap gila. sedap gila! dekat banner tulis RM30 je. bila nak bayar dia cakap RM80. memang langsi punya aunty. dia cakap iklan tu lain. yang kitaorang makan tu lain. malas nak gaduh. kitaorang lama lagi nak stay dekat Hat Yai ni. bayar dan menyumpah-nyumpah aunty tu dalam hati.

puas berjalan. kami balik hotel dan berehat. lupa nak beritahu. waktu di Thailand lewat 1 jam. meaning bila Malaysia dah pukul 8. dekat sana baru pukul 7. belah malam kami pergi ke Night Market. agak jauh dari hotel. naik tuktuk dengan harga 80 Bath (RM8). actually dekat Night Market ni macam-macam benda ada dijual. aku sempat beli satu topi dan 2 helai baju tapi gambar di bawah yang kau akan lihat is makanan sebab makanan dekat Thailand ni rare, sedap dan murah.

yang ini aku tak makan sebab terlampau pelik. ahaha 

lupa nama dia apa. tapi sedap dan pedas. campuran seafood dan bihun yang dicelur.

Tom Yam Thailand. lain benor rasa dengan Tom Yam dekat Malaysia ni. masam.

Sup Thailand. rasa menghampiri Tom Yam tapi sup. macam mana tu? 

nasi campur by Furhan. semua sedap.

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oo..bru ak tau rugi dua rggit ak siakk..haha..btw,mahalnya nasi briani kau 40 ringgitt

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous lol.bukan aku dah gtaw ke.hahaha. rm2 je ponnn. selamat ko tegur.dah betulkan. tak terbeliak nasi beriani rm40.hahaha