Friday 1 February 2013

Kredibilitiku Sebagai Guru

aku selalu tertanya. betulkah ini yang aku mahu?

bersungguh dalam membuat kerja. ada yang persoal. betul ini bukan minat kau? namun keputusan kau berbeza dengan apa yang kau cakapkan.

aku membesar sebagai ramaja dan manusia di MRSM. semua benda mahu berjaya. tak minat Biology. tak minat Chemistry tapi semua kena berjaya. sama seperti di Bainun. tak minat PJ tetapi harus berjaya. 

kau mahu gagal? tidak bukan? kau mahu berjaya? mahu bagus? ya! aku mahu keputusan yang bagus kerana aku mahu abah dan mak bangga kerana aku pernah derhaka. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. takkan aku mudah mengalah. mengatakan ini bukan minat dan aku tak boleh buat.

mulut boleh bercakap kencang. tangan boleh menulis berjela tapi jiwa. jiwa tak boleh menipu. jiwa jauh entah di mana tapi jasad ligat ke sini ke sana.

mendidik budak bukan anak bangsa lain sangat rasanya. entah kenapa aku tersedar. aku diutus untuk mereka. menjadi anak. menjadi insan. ada pendirian. ada pegangan. 

siapa lagi kalau bukan aku untuk menyedarkan meraka. Allah bantu aku.

4 comments:

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mendidik budak bukan anak bangsa? apetu?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@maizatul suraya ada makna tersirat sebab itu punca utama kenapa aku post macam ni. hanya yang selami akan fahami :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

be strong :)
gambate!!!

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh. takut jadi fitnah kalau benda tak dicerah.