Tuesday 12 February 2013

Nuffnang Juga Gembira

niat nak update pasal "kegembiraan" ini dah lama di pendam. tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. *ustaz kejap* hampir 4 hari juga lah aku tak online sebab cable telefon dekat area rumah aku putus. putus time raya cina. tak tahu sebab apa. spekulasi mengatakan sebab ada monyet gayut dan putus. berat mana monyet tu.*gorila ke? ada juga sepkulasi mengatakan sebab ada orang curi cable. itu saya setuju sebab dekat area kampung aku ni memang ramai juga doktor tak berjaya. bila dah putus saat semua orang genggam tangan dan cakap gong xi gong xi., memang tak lah nak baikinya sebab semua orang cuti. pagi hari ini baru diaorang baiki. syukur. boleh online dan tahu perkembangan semasa. kembali bersosial katanya.hakhak

setelah lama juga aku stress memikirkan duit yang tak pernah cukup. asyik minta PAMA je.*malu* syukur dan syukur lagi pada tarikh 8 Februari 2013 elaun kami pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun dah masuk. Yeay! double yeay bila balik abah kasi surat. surat dari Nuffnang. cek Nuffnang. sebagai manusia yang bersosial. aku juga berkongsi kegembiraan ini di twitter. Nuffnang juga gembira. lihat bawah.


di kesempatan ini saya ingin mengucapklan GONG XI FA CAI  wa hen haw ni haw ma*ok tak faham* kepada warga Cina yang membaca blog ini sekiranya ada. selamat tahun ular air. semoga semuanya menyusur menjalar dan mematuk maju seperti ular mengejar katak. *tiba-tiba