Tuesday 20 November 2012

kenduri kahwin edisi berganda

tak habis lagi rasanya perut aku bekerja menghadam ayam sambal, daging rendang dan acar nenas. lauk yang sentiasa berulang masuk dalam perut sebab cuti sekolah ni setiap minggu mesti ada kenduri kahwin.

ambil gambar tengah panas. muka semua nak berkerut tapi maintain. hakhak. berbaju melayu purple bukan pengantin tapi adik pengantin.

last week hari sabtu kenduri kahwin abang Zaim di Kajang dan ahad pula ke Seremban kenduri kahwin senior (Kak Huda). one of wedding yang diidamkan. simple, smooth yet grand. wah. aku suka suasana dia. tersusun. ada gamelan. sedap je rasa kat kenduri kak huda tapi panas ya ampun. Negeri Sembilan kot. tapi syukur tak hujan. kalau tidak kuyup. lauk-lauk kenduri di Negeri Sembilan berbeza dari lauk yang selalu aku makan dekat Selangor. all the food served berasaskan lomak cili api. torbaik! ado daging salai masak lomak cili api. rebung masak lomak cili api dan banyak lagi yang berasaskan santan. ok minggu depan boleh check up dekat hospital untuk cek kolestrol. lompat dan jerit yeay sebab memang pasti naik sebab boleh kata kau dah makan sekilo santan kot sekali makan(hiperbola).

tidak terhenti kenduri kahwin setakat di situ. minggu ni aku ke Kedah dengan abah. kitaorang bahagi dua. emak dan adik-adik ke kenduri kahwin saudara di Selangor, aku dan abah ke kedah kenduri saudara belah sana. pergi ke Kedah selama 2 hari dengan tujuan untuk memenuhi jemputan dan makan. gigih kan? aku asyik ulang je perkataan ni sepanjang drive balik

kita memang gigih kan drive ke Kedah semata nak pergi kenduri. 

satgi anak abah kahwin tak de orang nak datang pula. 

ehek. bila entah anak abah ni nak kahwin. owh. lauk di Kedah juga berbeza, ada daging sup. taugeh kerabu. ayam golek. sedap. bila berdua tanpa mak dan adik-adik. serious senang gila nak pergi mana-mana. kalau ada budak-budak ni jangan harap. sekejap penat sekejap hyper. memang nak kena ikat. pastu mood masing-masing nak swing sebab geram rasa lepuk budak-budak tolong duduk diam-diam dekat belakang. jangan bertekak sangat dalam kereta. yang drive ni stress tahu.

Sabtu ke Kedah, Ahad tu juga kitaorang balik Selangor. ye lah. tujuan pon semata nak makan kenduri. dah habis makan apa lagi. chaw. aku sempat ke rumah kawan aku, Rizal yang dipanggil Mat Jal atau Manong. tetap nak datang even dah malam. mula-mula macam fikir 2 kali juga tapi dah alang-alang dari Kedah on the way ke Selangor. tak salah singgah. masuk simpang ke Kuala Kangsar, sekali masuk nak ke Manong jauh gila. tapi tak pe. pengalaman. kegigihan aku ke rumah Mat Jal tak sia-sia. masa on the way balik. kitaorang nampak ada satu kedai durian ni ramai gila orang, kitaorang pon berhenti nak beli. sekali ada orang-orang kampung dekat situ buat kenduri. makan durian ramai-ramai. sebab tu kedai tu ramai. kitaorang pon di jemput makan. rezeki jangan ditolak. bagi signal. turun kereta dan makan. sedap. durian makan dengan pulut dan santan. meleleh.

4 comments:

yu ya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amboi..mimosa nmpak xtra sihat.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh ,abg naim bila lagi nak naik pelamin kekeke..eh dtg kenduri kat kedah kat mana eh?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@yu ya eh2. yuya was here. hahaha. dats y mie. kalau cuti naik je. tp mayb faktor baju kot *sejuk hati mie baca*

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Cik Ain eh2. lmbat lagi. silap haribulan cik ain naik dul kot. owh ritu g kenduri kat pedu. next week g kedah lg. kat pokok sena pula.cik ain dok pendang kan?