Wednesday, 23 January 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

apakah ini? *bola*

makhluk apakah ini? *abaikan*

dua objek di dalam gambar di atas adalah kembar. kembar siam. tak boleh dipisahkan. macam isi dengan kuku. macam kelawar gigit manusia, hanya petir yang boleh melepaskan gigitan tu(tiba-tiba) itu mitos ke apa? tak kisahlah tapi benda yang ingin disampaikan ialah kedua-dua objek di dalam gambar sangat akrab, rapat, ketat(huh?). terlalu sahabat sampai tak boleh dipisahkan. *sarcastic*

sepanjang aku hidup, hanya beberapa kali je aku boleh kata aku main bola. tak malu nak mengaku aku ialah kaki bangku sebab it's me. takkan aku nak poyo cakap weyh aku reti main bola. power pulak tu. ala-ala torres gitu. lepastu bila ada orang ajak aku main. haaa terkulat-kulat, terkemut-kemut(huh?) cari alasan nak mengelak daripada kena main. aku pon tak pernah rasanya cakap dengan sesiapa yang saya ni boleh lah main bola. sikit-sikit tu tahulah. sebab aku tahu kalau aku cakap camtu orang akan assume alah. budak ni pandai main ni. saja nak merendah diri. humble katanya.

hari ketiga di SK Taman Impian. hari ni ada kokurikulum satu murid satu sukan. sukan permainan yang ada di sekolah ni pon terhad. Bola Sepak. Bola Baling. Sepak Takraw. Bola Jaring. Sofbol. 5 je. limited kan? sah-sahlah Sofbol dan Bola Jaring cikgu perempuan dah ambil. so tinggal Bola Sepak, Sepak Takraw dan Bola Baling. nak dijadikan cerita pagi hening tu perut aku memang sukakan nak meragam. aku pergi toilet. habis menyudahkan hajat aku ke tapak perhimpunan. semua murid dah bersepah pergi ke arah kelab masing-masing. aku yakin pergi dekat Syukri. Syuk kite kelab apa ni? aku kelab bola baling. aku? habis aku? kau Bola Sepak. 

Bola Sepak.

tolong kaitkan Bola Sepak dengan dua perenggan di atas. kau tahu perasaan aku time tu? ah tapi cikgu Naim tak mudah mengalah. Cikgu Naim sahut cabaran itu. yakin tapi macam betul ke ni? berjalan ke arah kelab Bola Sepak. sampai-sampai je cikgu minta aku ganti sebab dia ada meeting. aku time tu macam ha?? nak buat apa ni? oh yes! thanks to Encik Alyes. aku bawa budak-budak ni pergi padang dan aplikasikan apa yang aku belajar di maktab. budak-budak enjoy kot walaupon cikgu dia macam blur betul ke apa aku ajar ni? lantak. cikgu tak pernah salah di mata kanak-kanak. boleh macam tu.

sedang asyik mengajar(wah gitu) tiba-tiba ada sorang cikgu datang. 

berpeluh hampa na? erm Naim dah buat perlantikan AJK?

huh? nak buat lagi ke cikgu?

laaa. buat lagi apa? ni first meeting Naim oi.

krik krik krik krik

ok murid-murid berhenti dan berkumpul dekat dewan. kita nak buat perlantikan.

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HAHAHAHAHAHHAHAHHA

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HAHAHAHAHAHHAHAHHA

Eena Arrina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ena lak main futsal.tapi takde la kaki bangku macam tu.heheee. duduk atas bangku selalu la :P

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous gelak sakan noh.huhu

Cik Ain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

belom lantik itu ini dah ajak main ke cikgu kekekek bhahahhahahaa *opsssss...:P

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Eena Arrina hehe. itulah namanye cikgu kurang serba boleh. apa pon tak boleh.hahahaha

yu ya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sokong @anonymous! HAHAHAHA lawak2 @naim iman! laen kali rujuk takwim dulu. HAHA awal2 mmg perlantikan AJK jek.

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@yu ya yaya. macam mana nak rujuk takwim kalau dapat takwim sekolah lepas dah habis meeting kelab. yang penting yakin pergi pdg walaupon kelab lain semua dalam kelas. wakaka

zaza doscha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rase2 mitos u patot kura2..propa je kan kelawar.vampire diaries ke?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@zaza doscha haha. is it? kura2? i am not sure tp yakin cakap kelawar. ada? haha