Monday, 7 January 2013

you selfish!

entry sebelum ni aku ada cerita pasal how good you are malaysian. tapi perkara biasa. tidak semua orang baik. mesti ada juga slack dia. but i hope jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. kan? kenapa nak emo sangat ni? rabu minggu lepas jatuh pada 2 Januari 2012 aku ke klinik kesihatan Bangi bawa adik aku(alang) untuk check up gigi. selalunya aku akan parking luar sebab tahu dalam mesti penuh. mungkin hari tu nasib kitaorang baik. ada parking kosong dekat dalam.

actually appoinment adik aku petang. tapi kitaorang pergi pagi sebab dia ada kelas petang dan dia ada exam untuk streaming kelas. yakin ni pergi pagi. sekali doktor tak da. doktor ada waktu petang je. pasrah dan berjalan kaki menuju ke parking. sampai parking je terus WTF! why oh why?nasib baik tadi bertukar menjadi malang(dasar budak tak reti nak bersyukur). masih ada lagi rupanya orang kita yang penting kan diri tahap dewa yakin parking belakang kereta aku walaupun dia tahu aku akan tak boleh keluar. even nak reverse sikit pon tak muat. oh my. apa yang kau fikir huh? aku yang konon optimis. baik hati sangat. bersangka baik dalam hati. mungkin dia emergency nak cepat. so parking macam tu. tahan gelora jiwa kejap. but still at least tolong lah tinggalkan nombor phone ke? paling tidak pon jangan tarik handbreak. kawasan tu rata je. takkan bergerak lah kereta kau.(emo ni). haha

aku tak boleh sabar sebab aku dah try beberapa kali untuk untuk keluarkan kereta but still tak boleh even memang aku tahu memang tak kan boleh. but tetap nak give a try.(gigih). so aku pergi masuk balik dan minta pihak klinik buat announcement. selamat pihak klinik bagi kerjasama dan announcement dibuat dan diulang sebanyak 2 kali. tahu lah tu kan kita tengah menyirap kan. hehe. aku pergi dekat kereta balik. tunggu dan tunggu. tak lama lepas tu. owner kereta bernombor plat WHJ 595* datang dengan muka selamba pergi dekat kereta dia. tunggu juga untuk dia datang dekat aku and say sorry ke apa ke. harapan sangat. sampai kereta dia start dan undur tunggu untuk masuk dekat parking aku. what the? what the? ada juga manusia muka tembok dan selfish macam ni? mana nak cari?

kalau aku tahu macam ni lah perangai dia. dari awal tu aku patut calarkan kereta dia or pancitkan tayar je. tu lah baik sangat kan!

2 comments:

Cik Ain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

you selfish !!!!...eh eh eh haha..giler betol org tu perghhhh..

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nampak tak penegasan tu. emo sangat ni.hahaha