Tuesday, 15 January 2013

Sri Impian ke Taman Impian?

kecoh sekejap hari ni dalam masa lagi berapa hari je nak pergi praktikum. aku ni kalau waktu hujung-hujung tu kalau tak serabut dan kecoh-kecoh memang bukan dia. ada je benda yang tak kalut jadi kalut. benda simple jadi kecoh semedang(thanks aqil for the word semedang). kelakar. betul sangat lah tu Nizar dan Abang Bob selalu kata aku selalu #cemas. ok accepted even since along time ago. padahal tak boleh terima hakikat ni.

got news this is the school yang aku bakal praktikum. syukur dekat. alhamdulillah

sebelum ni aku ada tanya few persons pasal sekolah yang aku bakal pergi. ada ke tak budak non-muslim sebab sem depan subject minor aku Pendidikan Moral. memang wajiblah kena ada budak non-muslim. ada yang jawab tak de. ada yang jawab ada. tapi aku lebih percaya kepada tak de sebab area situ pon kawasan kampung melayu(really?) dan even classmate aku pon semester lepas praktikum dekat situ. tapi disebabkan aku dah malas nak layan kerenah pihak maktab yang suddenly change practikummate pastu sekolah pon ditetapkan sendiri plus aku memang super malas nak berpraktikum. 3 bulan kot!!!lama kot!!!malas kot!!! so aku pejam sebelah mata dan buat tak tahu je. hati kering tak? haha

hari ni juga lecturer pembimbing Mr Lee Lai Mong jumpa kitaorang guru pelatih yang dibawah penyeliaan dia. rasa cuak sikit dan bila one of my friend said ayat ni

naim, Sekolah Sri Impian tak de budak non-muslim lah. baik kau settlekan sekarang sebelum nanti kau dah pergi sekolah. waktu petang kau kena pergi sekolah lain untuk ajar Pendidikan Moral

terus rasa time tu macam what a? dah lah malas. nak pergi waktu petang pula. masa tu dah cemas sikit. sikit ok. tiada sebarang action diambil. selang half an hour lepas tu aku tak dapat fikir dah. adakah aku masih nak bebal buat bodoh buat tak tahu pasal praktikum ni. owh no! i need to take an action. pergi jumpa Encik Alyes selaku lecturer yang uruskan penempatan kami. dan berbincang. kalut punya kalut. kecoh punya kecoh. lahhhhh. aku praktikum dekat SEKOLAH TAMAN IMPIAN. bukan Sri Impian. full stop!

bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. ni dah susah dahulu ni harap bersenang di kemudian hari. semoga sepanjang aku praktikum 3 bulan berjalan lancar, tak banyak sangat masalah dan harap sangat aku enjoy even sememangnya aku malas nak praktikum. tapi itulah. surrounding akan membentuk kita. ewah.

2 comments:

nik ros said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

good luck utk praktikum. 3 bulan jea. sekejab jea..hehe

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nik rossekejap 3 bulan? rasa lama jugak tu. belum start dah x sabar nak habis.hahahaha