Saturday, 15 December 2012

pentingnya saudara mara

aku membesar di Kuala Lumpur sehingga umur 5 tahun dan berpindah ke Kajang sehingga kini. boleh digelarkan budak separa bandar sebab pernah membesar di KL(ewah).kenapa nak cakap budak separa bandar? sebab aku ada kampung. kalau kata budak kampung mesti aku balik kampung dekat kampung sendiri(pening). kalau separa bandar bermakna aku akan pulang ke kampung daripada bandar yang separa(ah pening tembak nak?). merepek. no lah. aku budak kampung.

dulu kalau nak balik kampung mesti teruja dan gembira sambil nyanyi lagu wowowowo balik kampung dalam kereta sehingga sampai(tipu). kalau kampung dekat Kedah nak nyanyi dari Selangor. sampai Kedah salam saudara mulut nganga kejang nyanyi non stop. haha. sebagai  budak kecik, perkara wajib dilakukan setelah sampai di kampung ialah mesti salam saudara mara walaupun tak kenal pon siapa. pastu buat hal sendiri. main dengan adik. kisah pula kan kita dengan saudara. lepastu selalu merungut dekat abah, jom balik. jom balik. kenapa nak balik awal sangat? sebab tandas dekat kampung dekat luar rumah. tak da lampu. nak berak kena bawa torchlight dan kena ada orang temankan. kalau tak de teman. memang besok baru membuang.

semua tu masa kecik dulu. hidup tahu nak senang je. bila dah besar. still seronok dan teruja nak balik kampung. tak menyanyi dalam kereta. tapi tidur sepanjang perjalanan dan akan dikejutkan untuk ganti pemandu. sampai kampung salam dan eh dah besar! dah kahwin! dah ada baby! baru terbeliak biji mata tengok saudara semua dah lain. tandas yang dekat luar rumah akan jadi bahan untuk digelakkan. sampai ke tua semua orang nak ingat kan? bila besar ni juga aku sedar pentingnya kenal saudara mara. penting juga untuk merapatkan diri. banyak faedahnya. contoh paling ketara buat masa ni sebab sekarang kan musim kahwin. for sure nanti kita nak berarak ke rumah pengantin sana(belah perempauan kalau anda lelaki dan begitu juga sebaliknya), kita mesti nak berarak ramai-ramai. takkan seciput je. tapi kalau seorang saudara pun kau tak kenal, siapa kau nak ajak? fikir-fikirkan.

3 comments:

Cik Ain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

first baca mang fening mcm nak hantuk kepala kat bantal laju2 haha..yup sokong apa yg abg naim ckp pening kenal sedara nih..

Cik Ain said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

*penting tgk dah typo effect dari hantuk pale kat bantal :P

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha.mcm2 cik haha ni.awat hempuk kat bantal.hempuk kat meja lg best kot.hehe