Tuesday 4 December 2012

flash mob free palestine

saudara dari jauh datang (Kedah dan Johor) stay dekat rumah. where else aku nak bawa diaorang ni? muzium? zoo? semua tu aku dah bawa masa diaorang datang masa kecik-kecik dulu. sekarang ni konon-konon dah besar tak nak dah pergi tempat-tempat ilimiah macam tu. nak tempat-tempat yang enjoy je. ada duit ke korang? itu persoalannya. hari tu diaorang nak shopping tapi yang murah-murah je. so aku bawa diaorang ke shopping mall (PKNS shopping complex je). penat berjalan. pergi food court makan ABC PKNS yang sememangnya famous dekat Bangi (ye ke?). aku propa diaorang biar nampak Bangi ni special sikit. hehe. sedang kitaorang asyik makan. tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulance kuat gila. apakah?

mungkin bunyi siren dari luar kot. ada accident.

tiba-tiba aku tengok orang ramai pergi dekat koridor dan tengok bawah. selamat time tu aku dah habis makan. apa lagi kan. aku yang sememangnya tak boleh duduk diam aka busy body, bangun dan nak tahu juga. aku pon pergi ke koridor dan tengok ke bawah. owh ada flas mob! interesting! first time ok tengok flash mob depan mata. tak lah se-grand macam kita selalu tengok dalam youtube. ni PKNS shopping complex je kot. sedih tahu kecik saja mengalahkan SUMMIT dekat Penang tu. tapi ada flash mob? acane? SUMMIT pon tak de (nak compare dengan SUMMIT). aku sebagai makhluk  gigih ni, gigih turun dari 2nd floor ke ground floor semata nak tengok flash mob dari jarak lebih dekat.

view from 2nd floor.

still di 2nd floor tapi nak dekat dah tu ke escalator. gigih tahu.

view from 1st floor. nak dekat dah. haha

hampir ke tapak ground floor. now atas escalator. 

ok sampai. kau memang gigih naim. ambil gambar dari depan. malu kakak tu. tak nak pandang camera. camerah (sebut macam Adibah Nor ok)

nampak tu say no to Mcd. tapi semalam baru makan Mcd. kau memang teruk.

ha. terbaring akak tudung putih tu. mangsa kekejaman Israel. 

apa-apa pun aku tabik dekat diaorang ni. bersungguh-sungguh. aku terfikir. aku mampu ke nak buat macam ni. aku ni tahu nak malu je. 

sory atas kualiti gambar macam "kau tak payah upload pon tak pe". abaikan gambar. ambil iktibar dan pengajaran daripada mesej yang cuba disampaikan.

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wwahhhh ..owhsem dorang tu ,abg naim join skali ker ? hehe

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha. segan ;ah nk join. tgk je pastu gelak2 sebab lawak. diaorng yg wat flash mob tu pon sengih2. walhal tgh pura2 mati.