mungkin bunyi siren dari luar kot. ada accident.
tiba-tiba aku tengok orang ramai pergi dekat koridor dan tengok bawah. selamat time tu aku dah habis makan. apa lagi kan. aku yang sememangnya tak boleh duduk diam aka busy body, bangun dan nak tahu juga. aku pon pergi ke koridor dan tengok ke bawah. owh ada flas mob! interesting! first time ok tengok flash mob depan mata. tak lah se-grand macam kita selalu tengok dalam youtube. ni PKNS shopping complex je kot. sedih tahu kecik saja mengalahkan SUMMIT dekat Penang tu. tapi ada flash mob? acane? SUMMIT pon tak de (nak compare dengan SUMMIT). aku sebagai makhluk gigih ni, gigih turun dari 2nd floor ke ground floor semata nak tengok flash mob dari jarak lebih dekat.
view from 2nd floor.
still di 2nd floor tapi nak dekat dah tu ke escalator. gigih tahu.
view from 1st floor. nak dekat dah. haha
hampir ke tapak ground floor. now atas escalator.
ok sampai. kau memang gigih naim. ambil gambar dari depan. malu kakak tu. tak nak pandang camera. camerah (sebut macam Adibah Nor ok)
nampak tu say no to Mcd. tapi semalam baru makan Mcd. kau memang teruk.
ha. terbaring akak tudung putih tu. mangsa kekejaman Israel.
apa-apa pun aku tabik dekat diaorang ni. bersungguh-sungguh. aku terfikir. aku mampu ke nak buat macam ni. aku ni tahu nak malu je.
sory atas kualiti gambar macam "kau tak payah upload pon tak pe". abaikan gambar. ambil iktibar dan pengajaran daripada mesej yang cuba disampaikan.
2 comments:
wwahhhh ..owhsem dorang tu ,abg naim join skali ker ? hehe
haha. segan ;ah nk join. tgk je pastu gelak2 sebab lawak. diaorng yg wat flash mob tu pon sengih2. walhal tgh pura2 mati.
Post a Comment