Monday 17 September 2012

PENANG baq hang

short vacation yang sepatutnya berlangsung minggu lepas telah di tunda ke minggu ini dan alhamdulillah jadi. simple and packed. sesat. ting tong. serabut. menjerit. semua bercampur dan diaduk menjadi satu. ala macam nak buat bahulu. kau kena pukul kuat2 baru dapat hasil yang sedap. macam tu juga lah percutian. kalau smooth je tak adventureous beb. mesti nak kena sesat2 juga. tapi sesat2 bermakna sebab banyak tempat kita tak tahu dan kini saya tahu.

bertemakan bagpackers. no map. no planning adalah satu cara untuk kita mencapai kepuasan bercuti di samping mengelilingi dan tawaf satu pulau sebab alih2 pusing tempat yang sama juga. tapi tak pe. kitaorang gagahkan juga sebab nama pon bagpackers tapi bagpackers ada kereta lepastu bila dah lama sangat pusing2 terpaksa menggunakan kemudahan yang ada. buat apa nak kufur nikmat. GPS kan ada. hehe

orang suruh bertolak petang tapi pagi juga korang bertolak(tiket tak ada) terpaksa tunggu aku around sejam. datang berbaju melayu sebab baru balik solat jumaat. alhamdulillah

lapar. konon separuh hari dalam bus. makan nasi lemak butterwoth. RM1 sebungkus.

RM1 kot. apa kau expect? kerang 30 ketul?hahaha


mee pokok ceri. gambar je. tak singgah pon. perut time ni dah full sangat dah.

petang ada match bola dekat SK Mohd Shah. bawa Aman dan Furhan ke simi. haruslah bagi sokongan walaupon bukan coach. cikgu datang bagi sokongan pon jadi lah.

tolong menang sebab tak pernah menang lagi ni. huhu

sesi membasuh. "awat hampa ni ketegaq sangat ha. orang dah habaq main lagu ni. hampa ni laaaa...."

laksa Tasek Gelugor. antara yang menjadi sebutan orang2 kat sini. RM2 sepinggan

nak rasa yang end up dengan habis.



tak cukup dengan laksa. kena try nasi lemak Mengkuang Titi. RM1 sebungkus. nasi lemak ni lain sikit. nasi dia macam ada rasa butter2 sikit dan lauk dia daging kari bukan sambal ikan bilis. 


malam haruslah ke Bandar Perda, antara tempat yang hidup dekat Penang ni. ada Uptown.

sebelum berjalan2 dalam uptown. makan dulu. makan lagi. nak kumpul tenaga round datu Uptown. Nasi Lemak Perda. RM4 nasi lemak + ayam goreng berempah. 



macam2 ada. Furhan cukup seronok sepanjang berada dekat Uptown ni. shopaholic Uptown katanya.

jam semurah RM10. berpinar mata nak pilih jam.

dah penat pusing Perda. makan Burger Boy Penanti pula. kedai burger ni juga merupakan satu tarikan area Seberang Prai. ramai gila even dah malam pon. time ni pon around pukul 12 30 pagi.

owh. jam baru. jam Uptown je pon tapi bukan yang RM10 ok.

burger rusa. ye ke rusa? kot2 lembu. dia kata rusa. kita apa taw? kita tahu makan je.

burger arnab. "must try!" kata Aman. asyik dengar sedap sedap sedap je sepanjang makan burger ni.

om nom nom. dap dap dap.

muka happy dah habis makan. balik rumah tidur. esok nak travel satu pulau.

lagi banyak gambar akan menyusul. jangan kau muak sudah. memang kalau boleh nak upload satu album tapi sebelum kau muntah hijau depan laptop baik stop kejap. 





2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

shopaholic uptown baqhang..cm pelaq

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tgk lah siapa yng borong paling byk. aku pon beli lyte2 je.