Monday 13 August 2012

tidur

kami warga kampung (aku kampung boy ok) sentiasa percaya dengan kata-kata doktor. doktor kata kalau demam telan air cap badak 10 botol untuk sejukkan badan, nescaya atok, opah, nenda dan seangkatan dengannya akan minum 10 botol air cap badak atau mungkin lebih. ini kerana mereka warga desa(wah) sentiasa percaya dengan doktor. aku mungkin begitu tapi kini tidak lagi. ecece

ada doktor tu cakap untuk mendapatkan badan yag sihat include hidup yang ceria. tak emo tak pasal2. kita perlu tidur dalam lingkungan 6 hingga 8 jam sehari.

tapi semenjak aku praktikum ni tidur tak pernah nak cukup. 3 hingga 4 jam sehari. mungkin mencecah 5 jam tapi terlalu kadang-kadang. separuh daripada apa yang doktor sarankan. macam mana ni doktor? adakah saya mungkin akan sedikit gila? hakhak. please i want my sleep back. bila nak cuti ni???


konon tertidur sambil buat RPH (tak tahu RPH apa sila baca previous entry). tapi sempat update blog. acane tu?


1 comment:

ANGIN ANGAN said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ada org kata dengan pengurusan masa yang baik, hal ini dapat diselesaikan. =)