Wednesday 31 October 2012

Allah uji jika mampu

Subhanallah atas apa yang terjadi. syukur atas apa yang telah terjadi. aku masih berpegang kepada Allah akan uji seseorang itu jika Dia rasakan kita mampu. besar betul dugaan di kala hujung-hujung sem ni. bermula dengan sakit telinga yang aku sendiri tak tahu bila akan berakhir(reda). tapi syukur sekarang dah kurang sikit sakitnya. rentetan daripada sakit telinga tu aku tak boleh ambil exam pada hari isnin lepas. tapi berjaya diselesaikan masalah tersebut atas budi bicara pensyarah. thanks Mr Pensyarah (nama dirahsiakan atas kehendak beliau. baik encik, patuh). Allah masih sayangkan aku. Allah nak aku lebih mendekatiNya. aku diberikan ujian sekali lagi which happened yesterday. semalam(translate) kahkah

tepat jam 1 50 aku bergerak keluar dari rumah untuk menduduki peperiksaan yang akan dimulakan tepat jam 2 petang. agak lewat. 10 minit lagi nak ambil exam. relax. cool. jangan kalut. nanti nak ambil exam mengah. bila mengah terus jam tak larat nak tulis. tak mampu nak menggoreng(wah). keluar dari simpang rumah. aku rasa aku mampu untuk lepas. tapi tidak. DANG!!!(is it a suit sound untuk bunyi accident? whatever). kereta yang aku bawa dirempuh(amboi rempuh. langgar sudah) dari tepi. bukan lori bawa getah skrap ok. kalau tak. aku tak mampu nak menulis entry ni. tapi motor. alhamdulillah pak cik yang langgar aku tu ok. luka sikit dekat hidung dan kaki. time tu aku speechless gila. tergamam. aku terus set dalam otak. relax. jangan kalut dan alih kereta ke tepi. syukur kereta(kereta orang ok) masih boleh bergerak. keluar kereta uruskan pak cik tu dan alih motor dia ke tepi. motor dia masih boleh start tapi rosak bahagian depan. jam masa tu 1 58. exam pukul 2 kot.

pak cik. saya ada exam ni pukul 2 nanti. pak cik pass no handphone pak cik. petang satg kita jumpa. apa-apa saya contact pak cik.

aku terus bawa kereta dan tinggalkan pak cik tu. jahat kan. selfish. tapi aku dah terlambat untuk exam. plus time tu dah ramai kawan-kawan pak cik tu datang. aku terangkan dekat diaorang dan berlalu pergi. tak tahu lah apa dorang cakap pasal aku. redha lagi.

boleh kau bayangkan macam mana perasaan aku jawab exam. tangan menulis. mata membaca. otak  ligat berfikir tentang kereta. berserah dan redha lagi dan lagi.

berpegang dan yakin pada yang SATU.

2 comments:

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah contact pakcik tu? apa katanya?

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

will update to u soon.now focus tok exam. gambate!!! hehe