Saturday 21 July 2012

hak kita

aku tengok certia Batman hari tu memang best, tapi ada dua trajedi tak best semasa dan selepas aku menonton cerita tu. ending cerita batman yang gempak berakhir dengan ke-emo-an aku sebab skrin masa 10 minit nak habis tu buat hal. boleh tak skrin ada garisan tengah. terbahagi dua. gambar yang dekat bawah naik atas dan gambar yang di atas turun bawah. bila part ada close-up muka batman, muka batman di bahagian atas tiba2 tanduk batman yang sejemput yang comel tu dekat bawah. macama mana tu?

pelik bukan bila wayang sebegini rupa. aku time dah tak khusyuk nak habiskan cerita ni. aku dok fikir nak pergi hambur je dekat kaunter tu nanti*emo tak pasal* cuba bersabar.

nampak tak. mata di atas. tiba2 dahi dekat bawah. ini sangat unik.

tengok. aku tahu ambil gambar dalam wayang tak dibenarkan tetapi aku ambil gambar ni sebagai bukti sebab lepas habis wayang tu kitaorang cepat2 pergi serbu hambur kaunter tiket buat havoc. marah2 manja sebab skrin jadi macam tu.

yang itu trajedi semasa, yang selepas tayangan pula. macam biasa bila dah habis wayang semua penonton akan jadi macam kambing2 comel masuk kandang, meluru keluar sebab masing2 tak tahan nak kencing yang ditahan selama mana cerita itu berjalan. cerita batman makan masa 3 jam. biru agaknya pundi kencing aku menahan dan menampung air kencing. rugi wo kalau tertinggal 5 saat scene cerita tu., semua penting(wah promote lagi). trajedi malang ke dua ialah bila semua dah menonong nak keluar, mungkin kami tak perasan pihak wayang ada suruh keluar ikut jalan lain termasuk aku, tapi aku tengok semua orang ikut jalan itu je. aku dan kawan2 aku follow je lah. sampai ke pintu keluar. tolak pintu. OMG. tapak tangan masing jadi hitam. pintu keluar tu baru cat. ingat menjelma jadi batman lepas tengok batman. melekit je tangan tolak pintu. rupa2nya tangan kitaorang kena cat. geram kuasa dua.

ini bukan rancangan hi 5 yang kanak-kanak tu, tapi kitaorang nak tunjuk yang tangan kitaorang kena cat sebagai bukti debat dengan kaunter tiket wayang.


terus lupa nak kencing ke apa sebab nak buat aduan cepat2 dekat kaunter pasal skrin yang separuh dan pintu yang baru cat tak ada notis. tapi aku pelik. aku rasa aku dan kawan2 aku je yang gigih pergi buat report sebab sepanjang tempoh yang lama aku buat aduan tu, tunggu manager tak keluar2. tak de seorang pon yang berani mati yakin datang kat kaunter buat aduan melainkan kitaorang yang tegar kononnya human right. tapi memang our right! kami bayar. diaorang tak kisah ke diaorang dah habiskan RM13 tapi tengok skrin wayang yang separuh dan tangan masing hitam2 kena cat? oh malaysian, khusus mereka yang pergi tengok wayang haritu. kita perlu bertindak untuk beri pengajaran agar perkara ini tidak berlaku lagi. kalau bukan kita yang mambantu diaorang untuk sedar, siapa lagi? mat salleh? ke pak salleh? lagi malu. jangan malu jangan segan. tegakkan hak anda. anda takkan rugi. kami tidak rugi sebab kami dapat tengok wayang free lagi sekali. syukur.

3 comments:

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x bestnya mcm tuuuu..
haha.

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sgt x best tp ujian dr Allah.cewah.padahal tgk wyg kan.ada ke pahala tgk wayang.haha

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha. ntahla, x thu nk wjb, sbb tmpt gtu, haha.


tp aku pon suka tgk wayang, hoho.