Tuesday 17 July 2012

kenangan silam

sekarang ni mungkin tengah musim manusia menggodek gambar2 lama kot. hari ahad hari tu, aku tak tahu nak buat apa, nak update blog aku tak tahu nak tulis apa plus aku dah post pagi tu, tapi kalau update blog lagi orang kata aku lapar nak update kan. satu hari 3 4 post. lepastu simpan post yang baru tulis konon nak update blog untuk esok. tiba2 besok ada benda best berlaku. update yang best tu dulu, tapi tak tahu bila nak update post yang dah ditulis tu. tiba2 lagi, lusanya ada benda lagi best untuk di-update. last2 jadi pekasam je post tu dan menanti untuk di-delete sebab dah tak relevan untuk post benda yang dah berlaku sebulan yang lalu. rugi dah masa menaip post yang tak ter-post tu. masa itu kan emas.

macam biasa, bila mukadimah panjang kemain tapi kosong ong ong. bab melalut memang serah kat hang, cuba serah bab belajar, ok terus tutup laptop, tidur 5 minit end up besok bangun dah pagi.*suka lah kita*. hari ahad hari tu kan aku tak tahu nak buat apa. aku godek2 gambar dalam laptop, tengok gambar2 lama. lepastu sengih sorang2 depan laptop, lepstu tutup muka guna bantal konon malu tengok muka dulu2. konon sekarang macam good2 je kan. lepastu jerit.malunyaaaa kuat2 biar housmate datang dan tanya kenapa? aku pula saja je "cuba tengok gambar2 lama aku. lain gila dowh(rempit sangat)", housmate membalas "sama je". ok kau boleh blah sekarang.

tadi dekat kelas tiba2 nab(seorang gadis di kelas aku) gatal2 nak main bluetooth sebab semalam kitaorang main2 bluetooth gambar time lecturer mengajar. bosan. bluetooth2 gambar muka paling bodoh yang ada dalam handphone. lepastu gelak2. semua orang pusing. aku pon nak pusing juga. diaorang tengok siapa? padahal aku. tadi nab send note. berbunyi "semalam kitaorang tengok2 gambar lama, dan kitaorang buat konklusi  kau sangat patut pakai braces". apakah? buruk sangat ke gigi aku dulu. ya! tiba2 gadis yang lain pon nak turut serta. ok fine gigi i memang buruk dulu. tapi sekarang. apa kata anda? (lihat di bawah)

pada zaman dahulu

biar betik ni aku dulu(buat2 tak percaya). jangan perhatikan lebih lama pada wajah tapi perhatikan pada bahagian gigi. gigi sahaja ok.

pada zaman globalisasi kini

ok boleh berbangga dengan gigi sendiri. tapi ingat, semua ini hanya pinjaman tuhan.

3 comments:

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

muka pn jd lain skrg. ke sbb makin berumur??

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

muka jadi lain kerana sign of aging.kena telan collagen byk2 pasni utk kekalkan muda.hihi

bubblePOP! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hik3
mcmlah aku x aging.

ko kurus je, dengki ehh!