Friday, 6 July 2012

tia amelia

sedap nama tu. mesti tuan empunya nama secantik nama. tapi sayang itu bukan nama wanita yang lelaki2 idamkan tapi menjadi dambaan wanita dan mungkin juga sesetengah lelaki yang mementingkan paras rupa sebagai satu aset diri. bak kata mustika ratu. kecantikan adalah hak milik setiap insan. tak salah sekiranya seorang lelaki ingin juga tampil cantik lebih bergaya.

tia amelia. satu produk kecantikan wajah yang tidak asing lagi di negara kita. fenomena tia amelia telah menular di seluruh pelusuk dunia.(mungkin Malaysia je) tak mampu weyh nak lawan SK II dan banyak lagi produk berjenama antarabangsa. tapi satu produk yang aku dan kawan aku akan ingat sampai mati. FAIR n LOVELY. cuba korang baca cogan kata di casing fair n lovely masing2 kalau anda pengguna produk tersebut. tengok betul2. produk pencerah wajah no 1 di dunia. wah! bila entah diaorang dapat pengiktirafan. tapi aku tabik diaorang yakin guna slogan macam tu bagi menarik perhatian ramai orang.

ha! promosi siap. beli jangan tak beli.
owh fyi aku adalah pengguna tia amelia. pelik? tapi itulah kenyataannya. kenapa pakai tia? tanya seorang kawan. aku tak mampu beli innershine pastu lentik jari kat pipi cakap jom innershine. kenyit mata. aww. aku juga tak mampu nak menggunakan  SK II pitera dan segala tok nenek produk yang mahal2. aku tak mampu. aku belajar lagi. aku tak de gaji. aku hanya mampu gigit jari.

sebelum ni kulit aku sememangnya sensitif dan mempunyai mutiara2 bersinar(jerawat kan senang!) memenuhi wajah membuatkan aku kelihatan berseri2. pastu jalan nak tunduk dan sikit2 nak pegang pipi, pegang dahi. konon cover jerawat, kalau jerawat 10 batu dah nampak. tak de maknanya. atas sebab itu juga aku kurang keyakinan diri (wah semua benda nak kurang keyakinan diri kan. braces lah! jerawat lah!). namun, kini tidak lagi. dengan tia amelia wajah saya kini tampil cerah dan kurang jerawat tapi masih ada sebab malam2 kalau tidur lewat terus baring malas nak pakai krim kunyit. sekali malas berterusan malas selamanya. last2 kering macam tu je krim tanpa diusik.


mesti kau tertanya2. krim kunyit? apa itu. nanti aku cerita. kalau nak cerita pasal produk kecantikan ni memang tak habis. aku adalah pengguna pelbagai produk muka. beli. pakai seminggu. tak nampak hasil. ok. besok beli lain. cuba kira kalau tiap minggu tukar produk dan aku hidup dah 22 tahun mula pakai produk sejak form 3. owh mungkin dah beribu. kini tidak lagi dengan tia amelia. asyik kini tidak lagi je. geli sangat aih.

8 comments:

Nj said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bandingknlah kulit muka before after. haha

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ni nak kena wat entry pasal perbandingan muka pulak kot.haha

maizatul suraya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kami banned produk TIA AMELIA sekeras-kerasnya! HAHAHAHA. baru ku bace.

naim iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@maizatul suraya
wohooo. takutnya suraya. dont worry aku cuba tahan diri aku from buying the tia's soap.byk sgt kekangan yang mendatang. ada hikmah ni. hiks

ctee hasxiera said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ko jgn pkai dah tia tu naim....x elok la

Naim Iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ctee hasxiera ok2. thanks haz. syg gile korg kat aku ye. *peluk ketat2*

Irfa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sesat sini masa cari info psl krim kunyit ;)

Shuhada Sidik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak try tia amelia jugak!!!